assalamualaikum....
selepas lama meninggal kan rutin ni... kini aku kembali mencari ilham yang ada untuk dikongsikan bersama...
sekadar perkongsian hidup untuk mengingati antara satu sama lain....
sejujurnya sejak kecil aku telah diduga ALLAH berkaitan insan bernama Lelaki... baik dalam aku sedar atau dalam kelalaian sendiri...
ALLAH mengingati aku dalam pelbagai perkara... tapi ia masih tidak mengetuk pintu hati aku untuk terus menghadapnya... sebaliknya aku seperti memberontak dalam diam dalam aku sendiri tak sedar bahawa aku sedang memberontak....
hilang kepercayaan adalah sesuatu yang paling menyakitkan dalam hidup aku dan juga paling tidak boleh diterima....
dalam keadaan seperti itu.. dalam diam aku dibelengu beribu persoalan... kenapa aku... dan kenapa aku....
realitinya aku sangat kurang dalam perkara agama.... bukan tidak diajari cuma ia tidak ditegaskan... seperti ada tak mengapa dan tiada pun tak ada beza....
aku lama kelamaan seperti hilang identiti diri sendiri... menjadi seseorang yang aku tak kenal... dalam keluarga mungkin ia lihat seperti tiada apa apa yang berlaku... atas sebab aku masih tak matang dan masih mencari diri sendiri.... tapi sebenarnya terlampau banyak yang aku pertikaikan sehingga aku membuat perbandingan diantara mereka dan aku... betapa beruntung nya mereka...
sehingga lah......

aku semakin ramai kenalan.... semakin banyak lakonan dan watak yang aku jumpa... satu persatu aku pelajari dan aku ambil iktibar.... dalam aku merasa aku dalam kesusahan ALLAH hadirkan mereka yang lebih susah dari aku.... dalam aku gembira ALLAH hadirkan orang yang sedih dalam kegembiraan aku....
hari hari aku masih dalam pencarian... sedikit demi sedikit aku perbetulkan apa yang aku mulakan... mendalami dan mengetahui apa yang patut aku pelajari dari dulu lagi.... aku perlu mulakan langkah lebih awal supaya aku tidak jauh ketinggalan... tapi semakin aku kejar semakin aku rasa makin jauh aku ketinggalan... dan rasa keletihan itu muncul sikit demi sedikit.... dan aku tewas kembali mengejar ilahi....
aku kembali pada asal.... membenci dan terus membenci tanpa orang lain sekeliling sedar bahawa aku sedang membenci... aku semakin jauh dan jauh kembali dari pencipta... meniggalkan apa yang wajib... melakukan perkara yang ditegah... tetapi dalam keadaan masih menjaga maruah diri dan keluarga... satu kelebihan aku... aku takkan sesekali membiarkan apa yang aku buat diketahui dan membawa aib pada keluarga...
ALLAH menggerakkan aku kembali dengan ayat ini... ia cukup terkesan pada aku.... ALLAH telah pun berjanji tentang perkara ini dan ALLAH tidak pernah dan takkan pernah memungkiri janji NYA seperti manusia..... aku kembali sedar.... ALLAH adalah sebaik baik pengatur bagi segalanya.... manusia hanyalah merancang dan ALLAH yang menentukan semua antara kita perlu atau pun tidak...
sikit demi sedikit aku mendekatkan diri dalam agama dengan sendiri... disebabkan ego ditambah rasa malu kerana aku terlalu lambat mengetahui agama aku cuba semuanya sendiri.... mencari mengenali diri sendiri.... aku semakin sedar bahawa ALLAH sentiasa bersama aku dalam aku tidak mahukan dia dan menigglkan dia....
saat aku kekeliruan saat aku merasa seperti tiada siapa yang bersama aku... tiada sesiapa yang membantu dan menyokong serta mengajar aku tentang semua perkara.... ayat ini cukup menjadi penguat aku.... impak yang dia bagi seperti tiada tandingan bagi semua perkara... kenapa aku perlu bersedih sedang kan ALLAH sentiasa bersama hambanya walaupun hambanya ini sering meninggalkan DIA serta melupakan DIA....
hari demi hari ALLAH cuba menguji sejauh mana aku mempercayai keberadaan DIA.... sejauh mana aku bersandar padaNYA... dan meluahkan sejauh mana DIA merindui rintihan sujud aku padaNYA... tatkala aku sedar bahawa DIA adalah hakiki... tapi mengapa aku mencari menusia untuk tempat meluahkan segalanya kenapa bukan DIA... sedang aku sedar bahawa DIA adalah hakiki kenapa aku berikan cinta dan sayang aku pada manusia di carta teratas....
SubhanaALLAH... aku semakin rasa diri ini hina sehinanya... begitu mudah aku melupakan ENGKAU sedangkan ENGKAU lah sebenarnya menyapu air mata aku... menyentuh lembut hati aku... menjaga aku sebaiknya dengan segala nikmat serta keindahan di dunia ini... manusia yang ENGKAU kirim hanya lah perantaranya... tiba suatu masa manusia itu juga akan pergi kerana dia bukan lah hakiki... tapi mengapa aku masih bergantung pada manusia dan bukan lah kau YA ALLAH....
dengan izin ALLAH... dia menghantar seseorang kepada aku untuk terus menerus mengingatiNYA... menjaga solat aku... menegur pakaian aku... menegur tikah laku aku.... apa yang ditegur tidak pernah ditegur oleh keluarga aku sendiri.... sedikit demi sedikit aku berubah mengikut peredaran masa.... berubah menjadi seseorang yang lebih baik.... aku juga sedikit demi sedikit dapat menerima perubahan diri sendiri....
ALLAH melahirkan rasa sayang dan cinta pada dia... dan aku masih tidak faham bagaimana rasa sayang dan cinta yang sebenarnya... adalah dia manis adakah dia pahit... adalah dia mengembirakan ataupun ia menyakitkan....
dia mengajar aku sedikit demi sedikit tentang fitrah manusia.... mengenal setiap lakonan didunia yang patut aku ketahui supaya aku tak disakiti lagi seperti dulu... mengenal watak demi watak yang aku sendiri tak tahu kenapa ALLAH hadirkan watak seperti ini dalam hidup aku....
aku belajar menerima akan ada yang datang dalam hidup ini dan ada juga yang akan berlalu pergi... ada yang mengambil kesempatan dalam kesulitan dan ada yang membantu dalam kesulitan.... ada yang benar berada disisi aku ketika aku senang dan ada yang lenyap menghilang ketika aku susah.... aku tidak pernah dapat memuaskan hati semua manusia di dunia ini tetapi apa yang aku dapat lakukan adalah dengan mendoakan kebaikkan pada mereka agar mereka sedar apa yang mereka lakukan akan ada balasan dari ALLAH berdasarkan apa yang kita niat....
dari dia aku belajar menerima dan dari dia aku belajar menolak... dia guru segalanya... setiap ayat dia mudah mematahkan segala kata kata aku... tapi sehingga tiba satu masa setiap manusia boleh berubah hanya disebabkan amarah hasutan syaitan... hanya dengan bisikan syaitan... kematangan dan kewarasan hilang sekelip mata.... kemudian muncul penyesalan.... rasa sebesalah dan akhirnya memohon kemaafan... hasilnya peluang kedua....
selepas peluang kedua adakah lagi peluang yang akan diberi atas kesilapan yang sama.... aku sedar manusia tiada yang sempurna... dan aku juga tak sempurna.... tapi bukankah ketidaksempurnaan itu akan lengkap dengan ketidak kesempurnaan orang lain ditambah dengan kejujuran....
ada antara kita berpeluang untuk mendapatkan peluang ketiga... dan ada yang diantara kita peluang itu lenyap.... kenapa kita pilih untuk tidak menghargainya.....
pengajarannya aku kembali bersandar pada ALLAH... DIA jadi penguat segalanya... dan dia juga mencari dirinya kembali agar lebih dekat dengan ALLAH dan kembali cuba membimbing aku.. tapi apa kan daya... aku kini berpegang pada prinsip cinta aku hanya pada yang HALAL... bukan lagi yang HARAM... kami tetap berkawan seperti biasa... tetapi fitrah manusia... hati manusia... sakit dan rasa itu masih ada... sehinggan kedua dua nya ada yang cuba menyakitkan hati sendiri hanya untuk melihat insan yang pernah dia sayangi bahagia walaupun tanpa dia disisi dan pastikan insan yang dia cintai ada yang menjaganya lebih baik dari dia jaga.... dia masih menegur kesilapan aku... dari situ aku hargai dia walaupun ego aku menutup untuk mengakuinya...
hidayah ALLAH mula menyapa lembut di hati aku... berpakain lebih sopan... lebih longgar.. lebih menutupi.... tapi aku masih belajar serta memikirkan perubahan aku adakah sementara ataupun selamanya... aku menjadi berkira kira... bagaimana aktiviti seterunya untuk aku lalui dengan perangai aku yang kasar... percakapan yang tidak berlapik... melakukan perkara yang lagha....
perubahan tidak perlu secara mengejut.... ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diri menerima serta menyesuaikan diri....aku cuma memerlukan sahabat serta keluarga yang menyokong dalam bersandar pada takdir ALLAH untuk aku terus kuat menjalani hidup yang mendatang ditambah lagi ujian serta dugaan yang bakal ALLAH turunkan pada aku untuk terus menguji sejauh mana hubungan aku dengan DIA....
dalam tidak sedar ALLAH telah memberi aku pilihan sejurus saja aku tiba dimuka bumi... adakah aku ingin ke SYURGA ataupun NERAKA dengan ibadah yang bakal aku lakukan....
0 comments